Sistem Duit Cepat

Sunday 5 October 2014

Kiosk Jajanlicious

Kami telah diberi kepercayaan oleh Anjasmara Niadi Resources untuk merealisasikan kiosk menjual pelbagai asam, jeruk, biskut, kerepek dan gula-gula yang menjadi kesukaan ramai. Semua ini diberi gelaran Jajan..mungkin loghat Jawa kot...sesuai la dengan namanya Jajanlicious...memang delicious..hehe.

Kiosk yang pertama lokasinya di Giant Banting.

Kiosk Jajanlicious Giant Banting
Jenis Bisnes : Jajan
Saiz : 10’(L) x 10’(W) x 6’(H) Island Shape


Kiosk yang simple dan kemas, menaikkan lagi imej bisnes jajan yang selama ni tiada branding dan berimej kekampungan...hehe.

Skop kerja kami : 
1. Konsultasi, lawatan tapak, sketch konsep.
2. Merekabentuk, menghantar dan memasang kiosk.
3. Print dan pasang stiker. (Design oleh owner)
4. Merekabentuk dan membuat 50 balang akrilik.

Kami berjaya menyiapkan kiosk ini dalam masa 5 jam (dari jam 10mlm - 3 pagi) maklumlah sudah menjadi prosedur pasaraya besar yang hanya membenarkan kerja-kerja selepas 10 malam.

Oleh kerana owner berpuas hati dengan hasil kerja kami dan keprofesionalisme yang kami tunjukkan, maka selepas 3 bulan beroperasi, Anjasmara Niadi resources telah sekali lagi menghubungi kami untuk menggunakan khidmat kami. Kali ini kiosk yang ke-2 hendak dibuka di Plaza Metro Kajang. Wow!

Kiosk Jajanlicious Plaza Metro Kajang
Jenis Bisnes : Jajan
Saiz : 10’(L) x 8’(W) x 6’(H) Island Shape

Tokey Jajanlicious sangat bijak dengan keputusan untuk terus membuka cawangan Jajanlicious yang seterusnya tanpa menunggu bertahun-tahun. Kiosk ke-3 yang ingin dibuka ialah Kiosk Jajanlicious di Bangi Gateway.


Ini adalah 3D kiosk di Bangi Gateway. 
Kalau u all nak 3D macam ni pun harganya agak berpatutan..hehe.

Kiosk Jajanlicious Bangi Gateway
Jenis Bisnes : Jajan & Minuman Ringan
Saiz : 12’(L) x 8’(W) x 6’(H) Island Shape

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami atau layari facebook dot com Hola Station.

*Hubungi kami untuk harga terbaik kiosk anda. Ikut citarasa dan budget anda!

No comments:

Post a Comment