Sistem Duit Cepat

Wednesday 23 March 2016

Push-Cart Final Colour Scheme

Kami nak update pasal push-cart yang dulu kami propose warna hijau dan oren. Klien telah ambil masa lebih sebulan untuk confirmkan warna kiosk ni. Dari 2 gabungan warna, sekarang sudah jadi 3 warna.



Warna yang dipilih amatlah ceria kan?.. (Merah & Oren)


Stripe bahagian bawah tu cadangan akhir kami yang dipersetujui oleh klien. Inilah rupa akhir pushcart itu nanti.

Kami bercadang menghantar separuh dulu bila dah siap ( 6 biji) sebab di kilang kami tiada tempat untuk simpan 12 biji kiosk pada satu-satu masa.

KERJA SIMPLE PUN KAMI BUAT, ASALKAN KLIEN BERPUAS HATI.

Sebenarnya tak ada kerja yang simple. Semuanya mempunyai kerumitan yang tersendiri. Contohnya projek ke-3 tahun ni yang kami secure ni, sebuah kabinet fail berukuran 11' (L) x 8' (H) untuk Tetuan A&T Design & Build dan akan dipasang di pejabat Deleum Berhad, Bangsar.


Proposal asal macam ni la, laminate warna cherry. Klien terus setuju. Laminate klien nak guna brand Formica. 

Selepas buat pilihan, klien pilih warna maple pulak. Nak match dengan warna workstation katanya.


Beginilah rupa final 3D dengan warna maple yang dipilih.

Kabinet ni kami kena pasang 26 Mac ni, hari Sabtu. Jumpa di sana!


Bisnes Kopi Semakin Meletup!

Sudah menjadi trend anak muda masa kini untuk mencebur diri dalam bisnes jual air kopi. Termasuklah saudara Yus dari Kelang ni. Beliau dapat tapak di G*ant Setia Alam/Meru. Saiz 12 x 8. Besar juga tu. 



Beginilah proposal kami untuk En. Yus. Konsep macam kopitiam. Kiosk ni yang paling anggun dari segi warna yang pernah kami buat...he3. Warna kiosk sebenar lebih gelap dari ni.



LITTLE BARISTA

Itulah nama yang dipilih oleh En. Yus. Sedap nama tu, dan memang sesuai dengan konsep kiosk dan warna ni...nampak eksklusif..ye tak?..

Oh ye, kepada sesiapa yang nak merasai kenikmatan kopi LITTLE BARISTA, sila berkunjung ke G*ant Setia Alam/Meru di tingkat 1.


Cashier Counter Kedai Runcit.

Siapa sangka kedai runcit pun nakkan cashier counter yang custom-made. Jangan pandang sebelah mata. Maklum lah, bisnes dah makin berkembang, maka rupa cashier counter pun kena upgrade juga.



Lepas jumpa kali pertama di tempat tuan tanah, kami propose 2 pilihan warna.

Kami personally suka yang banyak hijau tu, tapi klien pilih yang banyak putih. Jadi kami terpaksa turutkan..Client is King!....kann...

Tapi banyak revision dibuat sebelum betul2 finalised.


Akhirnya selepas 8 kali ubah, inilah rekabentuk dan warna yang dipersetujui oleh klien. Cantik tak?

Kerja-kerja pemasangan dijadualkan pada 30 Mac ni... Jumpa lagi!