Sistem Duit Cepat

Friday 19 February 2016

Kita Merancang, Perancangan Allah Yang Terbaik

Alhamdulillah, semalam telah termeteri satu closing untuk job buat Push-Cart sebanyak 12 buah. Nampak macam banyak tapi memang banyak pun, hehehe.

Ni pengalaman pertama kami membuat push-cart kiosk sebanyak ni, harap bukan yang terakhir lah.

Kami share rentetan penyediaan 3D untuk push-cart kiosk ni. Jumpa klien pun dah 6 kali untuk close job ni,hehehe.

Proposal Pertama

Proposal Kedua

Final Proposal. Ada Side Console.

Nanti kami share yang betul-betul final punya 3D, yang berbeza cuma warna je.

Tempoh siap 30 hari tapi In shaa Allah, kami akan buat yang terbaik untuk siapkan lebih awal.

Sesiapa yang ada job untuk supply push-cart kiosk tu boleh lah roger kami ya!

Thursday 18 February 2016

Proposed Upgrading Works for Sweet Cafe, Pasir Gudang

Amboi, dah pandai tulis tajuk dalam English. Mungkin sebab ia lebih pendek jika dibuat dalam bahasa Melayu, hehehe.

Kami berkesempatan bertemu kawan lama, Puan Siti Mariam dan suami En. Azmi yang sedang mengusahakan kafe makanan bernama Sweet Kafe.  Lokasi dirahsiakan sebab takut nanti dia tak dapat nak bayar komisyen saya disebabkan ramai pelanggan yang akan datang sebab saya asyik promo kafe dia je.

Round pertama, proposalnya macam ni. Owner memang nak refurbish keseluruhan kafe. Approach kami agak garang dengan tona warna kuning dan hijau. Maybe lepas ni kami akan guna very soft colour.



Pemasangan Kiosk Kampung Asam

Tanggal 23 Jun 2015, bermula kerja pemasangan Kiosk Kampung Asam di Tesco Jenjarom.






Kami mengambil masa 2 hari untuk pasang, dari pukul 9malam-3pagi dan sambung keesokan harinya dari 3ptg-1 pagi.

Siapa bilang kerja ni senang? Walaupun begitu hasilnya amat memuaskan hati pelanggan dan kami sendiri.

Jom Whatsapp kami untuk sebutharga terbaik Kiosk anda!
019 3951644

Wednesday 3 February 2016

Kiosk Kampung Asam 2

Setelah berpuas hati dengan hasil kerja kiosk kami yang pertama, (jualan pun masyukkk la kan?), maka En. Roslan berhajat membuka kiosk Kampung Asam ke-2. Kali ni di Tesco Jenjarum, baru nak buka. Wah! Tahniah En. Roslan kerana berpeluang menjadi pioneer di sana.

Tapak yang diberi amatlah mewah...he he he. 14' x 12'. Wow! Sungguh besar. Tapak besar, saiz kiosk besar, harga pun besar lah..kan?..

Prosesnya macam biasa. En. Roslan bayar dulu deposit 10%, kami proceed dengan design, drawing dan 3D.

View 1

View 2

Design asal seperti di atas. Nampak gempak sikit sebab saiznya besar. Kali ni pihak Tesco x bagi lansung buat bahagian atas sebab boleh halang kedai belakang.

Setelah dapat feedback dari pihak Tesco, kami terpaksa ubah design.

view 1

view 2

Nampak  tak bezanya? Yang terbaru, tinggi kabinet dalam sama dengan tinggi 4 kotak kat bucu tu. Sebelum ni yang sebelah dalam lebih tinggi.

4 kotak di penjuru kiosk tu kena buat light-box, atas pada sticker nama kampung Asam tu kena letak LED. Hmm...macam2 permintaan pihak pengurusan ni ye tapi kami terpaksa ikut lah dan En. Roslan terpaksa keluarkan budget untuk semua tu.

view 1

Inilah final kiosk yang mendapat kelulusan. Oopss..belum lagi...lulus dari segi rekabentuk tapi bukan stikernya...aduhai..

                             sticker asal 1                                                      sticker asal 2