Sistem Duit Cepat

Sunday 21 August 2016

Proposal Kiosk Qudaplicious

Kiosk indoor ni menjual jajan @ tidbits dan pelbagai makanan ringan.


Cadangan warna asal - Ungu/Putih/Pink Cair



Cadangan warna alternatif - Merah/Putih/Pink Pucat

Friday 19 August 2016

Proposal Kiosk Inch of Gold di Berjaya Times Square

Kiosk ini untuk bisnes gold plated dari USA iaitu Inch of Gold yang akan dijalankan di Berjaya Times Square.

3D composite perspective.
CAD drawing untuk front elevation.

Proses mendapatkan kelulusan dari pihak BTS amatlah rumit dan ketat. Namun hasil kesabaran pihak kami, maka projek ini berjaya mendapat kelulusan.

kerja pemasangan bermula jam 12malam

Tekun membuat kerja nampaknya.

Dah pukul 3 pagi baru nak siap bumbung

Inilah hasilnya pada pukul 8 pagi.

hari ke-3 kiosk beroperasi

Kiosk yang telah siap.


Gambar Siap Push-Cart Putrajaya Sentral

Kiosk tiba di Putrajaya Sentral

Kerja penyiapan bermula

Dah ready untuk digunakan

Suasana waktu malam

Gambar Siap Fail Kabinet untuk Deleum Berhad

Kerja pemasangan bermula dengan base kabinet.

Seterusnya bahagian atas

Macam ni la rupa bila rak mula dipasang

Sudah siap.

Gambar Siap Kaunter Kedai Runcit Sungai Penchala

Gambar kedai runcit yang kami upgrade cashier counter.

Depan Kedai Runcit Nurhayati

Kerja pemasangan.

Dah siap.

Pandangan Depan.

Wednesday 23 March 2016

Push-Cart Final Colour Scheme

Kami nak update pasal push-cart yang dulu kami propose warna hijau dan oren. Klien telah ambil masa lebih sebulan untuk confirmkan warna kiosk ni. Dari 2 gabungan warna, sekarang sudah jadi 3 warna.



Warna yang dipilih amatlah ceria kan?.. (Merah & Oren)


Stripe bahagian bawah tu cadangan akhir kami yang dipersetujui oleh klien. Inilah rupa akhir pushcart itu nanti.

Kami bercadang menghantar separuh dulu bila dah siap ( 6 biji) sebab di kilang kami tiada tempat untuk simpan 12 biji kiosk pada satu-satu masa.

KERJA SIMPLE PUN KAMI BUAT, ASALKAN KLIEN BERPUAS HATI.

Sebenarnya tak ada kerja yang simple. Semuanya mempunyai kerumitan yang tersendiri. Contohnya projek ke-3 tahun ni yang kami secure ni, sebuah kabinet fail berukuran 11' (L) x 8' (H) untuk Tetuan A&T Design & Build dan akan dipasang di pejabat Deleum Berhad, Bangsar.


Proposal asal macam ni la, laminate warna cherry. Klien terus setuju. Laminate klien nak guna brand Formica. 

Selepas buat pilihan, klien pilih warna maple pulak. Nak match dengan warna workstation katanya.


Beginilah rupa final 3D dengan warna maple yang dipilih.

Kabinet ni kami kena pasang 26 Mac ni, hari Sabtu. Jumpa di sana!